Tempah melalui portal atau aplikasi Al Irsyad
Akaun yang sama boleh digunakan di kedua-duanya. Semak giliran, pautan sesi online dan temujanji susulan di mana-mana.
Kami merawat gangguan jin, sihir, santau dan saka dengan bacaan ruqyah daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Datang ke pusat kami di Salak Tinggi, terima perawat di rumah anda, atau sertai sesi online dari mana-mana sahaja.
Sudah ada akaun? Log masuk ke portal untuk semak status temujanji anda.
Ketiga-tiga pilihan ini boleh ditempah terus di portal atau aplikasi Al Irsyad.
Datang ke pusat rawatan kami di Salak Tinggi, Sepang pada sesi yang anda tempah di portal atau aplikasi.
Baca lanjut →Perawat datang ke rumah atau pejabat anda di KL, Selangor dan Negeri Sembilan. Negeri lain boleh diatur jika kos perjalanan ditanggung.
Baca lanjut →Sesi rawatan melalui Zoom atau Google Meet, sesuai untuk pesakit di luar kawasan liputan atau di luar negara.
Baca lanjut →Setiap rawatan bermula dengan pemeriksaan untuk mengenal pasti sama ada wujud gangguan. Perawat berikhtiar, dan Allah jualah sebaik-baik Penyembuh.
Bacaan ayat-ayat ruqyah kepada pesakit, air mineral dan minyak zaitun asli, mengikut kaedah yang diajar dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
Baca lanjut →Perlindungan kediaman, pejabat atau premis perniagaan, terutama rumah baru, rumah lama yang lama ditinggalkan, atau yang pernah diganggu.
Baca lanjut →Rawatan untuk sihir pemisah, pelalau, santau, saka keturunan dan gangguan makhluk halus pada diri, keluarga atau tempat tinggal.
Baca lanjut →Di pusat, di rumah anda, atau secara online. Kemudian nyatakan simptom yang dialami.
Kami semak dan sahkan tarikh serta masa temujanji anda.
Hadir ke pusat, sambut perawat di rumah, atau sertai sesi online melalui pautan di portal atau aplikasi.
Akaun yang sama boleh digunakan di kedua-duanya. Semak giliran, pautan sesi online dan temujanji susulan di mana-mana.
Ini antara tanda gangguan yang biasa ditemui. Senarai ini bukan diagnosis. Ia membantu anda menilai sama ada perlu mendapatkan pemeriksaan. Pilihan di sini tidak disimpan atau dihantar ke mana-mana.
Untuk rawatan di pusat atau di rumah, sediakan 3 botol air mineral 1.5 liter. Minyak zaitun asli yang diruqyahkan disediakan oleh perawat dan boleh dibeli jika anda berminat. Pakai pakaian yang menutup aurat.
Tidak. Kami hanya menggunakan bacaan ayat-ayat Al-Quran dan doa daripada As-Sunnah, bersama air mineral, minyak zaitun asli dan makanan sunnah. Tiada sebarang unsur syirik.
Boleh, bagi kawasan Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. Untuk negeri lain, rawatan boleh diatur jika pesakit menanggung kos perjalanan perawat.
Daftar akaun di portal.irsyad.my atau aplikasi Al Irsyad, pilih cara rawatan (di pusat, di rumah atau online), kemudian nyatakan simptom anda. Kami akan menyemak dan mengesahkan tarikh serta masa temujanji anda.
Sesi dijalankan melalui pautan Zoom atau Google Meet yang disediakan oleh perawat. Pautan dipaparkan di portal atau aplikasi. Sertai sesi pada waktu yang ditetapkan dengan sambungan internet yang stabil, di tempat yang tenang.
Ya. Kami menerima pesakit daripada semua kaum dan agama.
Ya. Maklumat dan simptom yang anda berikan hanya digunakan untuk tujuan rawatan. Kerahsiaan pesakit ialah amanah kami.
Tidak. Teruskan rawatan dan ubat daripada doktor anda. Rawatan Islam ialah ikhtiar rohani yang berjalan seiring dengan rawatan perubatan.
Kami sedang membina bangunan pusat rawatan di Sepang, Selangor supaya lebih ramai pesakit dapat dirawat dalam suasana yang selesa. Sumbangan anda amat kami hargai, dan hanya Allah yang mampu membalasnya.

Untuk temujanji, sila tempah melalui portal atau aplikasi. Untuk pertanyaan ringkas, WhatsApp dahulu sebelum menelefon.